Abah's & Ibu's Little Precious ;)

baby

Monday, July 23, 2007

Tegur salah, tak ditegur dok camtu juga la...

Salam,

Hari ni, Fini nak celoteh rasa tak puas hati pd $#%$. Erm, sedih sgt rasanya td. Tak pernah ada org buat mcm tu lagi pd Fini. Salah ke teguran Fini tu, $#%$? Fini bukan tegur $#%$ depan C***u2 lain...tapi hanya $#%$ dan saya. Saya rasa saya ikut adab menegur yang tidak menjatuhkan air muka orang lain. Bukan apa $#%$, sejak hari saya mula berkunjung ke ... , setiap kali saya menggunakan Si P, saya lap Si P. $#%$ tak perasan ke tu semua? Punyala nak jaga hati $#%$, saya buat2 tak nampak je. Tapi setelah 3 bulan saya di sini, ntahla kenapa hari ni mulut saya rasa nak tegur, "$#%$, Si P ni nampak berminyak sgt." $#%$ tengok dan terus angkat Si P yang dimaksudkan itu, terus melayang (mcm adegan main piring terbang) ke dalam sinki. Saya ni dh besar sgt $#%$, nak diperlakukan sedemikian, $#%$ fikir saya tak terasa? Dalam pada saya menyuapkan 2 biji pisang goreng tu, tekak ni rasa mcm terlekat je, bukan sebab kuih...tapi dalam pada nak menahan air mata. Fini pun dh janji, x mau menangis hal remeh temeh kat tempat kerja mcm dulu2. Tapi bila ingat balik $#%$ lempar Si P...ish... Saya tekad tak mau lagi ke ... . Selama hari ni, walau pun saya tak lapar mana sbb Mak Fini dh sediakan breakfast pagi2...Fini ke ... tu pun sbb nak bercampur gaul dgn C***u2 lain, membantu menambahkan bilangan pelanggan $#%$ (memandangkan di SKEN ni bilangan C***u yang tak seberapa). Tapi kalau musuh yang Fini dapat, baik tak yah. Mulai esok, tak mau dah ... Lagi menyebabkan Fini rasa mcm ni, masa Fini nak bayar, kan Fini cakap elok2 ngan $#%$, siap tanya supaya $#%$ jangan ambil hati. Erm, $#%$ cakap pun tak pandang saya. Takpe la $#%$. Betul la apa yg C***u2 lain dok cakap selama hari ni...Fini dah kena sendiri. Terima kasih la.

5 comments:

Fauziah said...

Fini sabar je la. Bagi akak kan lebih baik kita dok sendiri dari bergaul yang akhirnya membuatkan kita sakit hati. Akak sdri pn jarang nak pi bilik guru kecuali ada hal mustahak. akak dah x kisah kalu kwn2 nak sindir ke atau kutuk akak kerana kata org dulu2 berani kerana benar. buat pe nak buang airmata, buang karan je layan mende2 yang remeh temeh ni sebab problem kita bukan tu je. so relaks. jangan sedey k ... jgn tensen sebab nanti cepat tua. relaks mcm akak....hikhikhik... be happy n enjoy ur life..

~SyaFini Rosli~ said...

Thanks kak G, tapi ni bukan sakit hati dengan rakan sekerja. Kejadian bukan berlaku di bilik guru. Tapi terkilan sebab adegan lempar piring terbang tu la. Lain kali x nak tegur apa2 dah. Lantak pi. Tak suka, x yah tunjuk muka kat sana. Balik rumah, Fini yg kena balik, mak kata x suka x yah tegur...sbb Fini pun baru lagi kat sini...nti org lagi x suka. Huhu..dah terjadi. Takpe...sambil tu leh diet. Haha.

Fauziah said...

akak agak ni citer kat kantin la ni. akak dah lali sume ni. penah masa tu akak ode teh tarik dia bagi teh sejuk.. tak rasa teh tarik pun. tawar hebey je...pastu dia leh ngomel mcm2. lps tu akak lama x p kantin. akak bawa kopi sdri dari umah. masak air kat kelas, buat sdri kat dapur kelas akak. habis citer. malas nak layan la. akak x suka la kecoh2 pasal benda kecik. so buat bodoh je la...time ada jamuan je akak pi kantin atau masa akak dah rasa haus. lama kelamaan org kantin pn tau perangai akak. i m hepi mrk pn hepi.
betul kata mak fini tu...lebih baik diam dari berkata2...apatah lg kita org baru. mcm akak ni mmg org yg x peduli hal org lain...buat kepala sendiri je. lantak la org nak kata apa yg penting akak hepi.

~SyaFini Rosli~ said...

Ye, yang penting HAPPY. Mestila dia masam muka sebab kalau cikgu ramai yg tak turun, mesti dia ngomel mcm yg selalu berlaku. Erm, tak kisah la...Fini dah tak dengar. Jangan stress benda remeh temeh. Tahan le sampai hujung tahun sebelum tender baru dibuka. (",) Maaf la $#%$, Fini luahkan kat sini.

~SyaFini Rosli~ said...

Sume ni mcm angin lalu saje. Fini rs Fini yg mudah ikut perasaan. Alhamdulillah semuanya seperti sedia kala. Hehe..Fini sebenarnya dh beberapa kali juga turun. Kejap je sebenarnya. Jangan terlalu memikirkan, itu yang sebaiknya...sape yg kenal Fini...memang gini la. Letih mendengar apa yg Fini dok merepek memikirkan? Hehe..dulu ada housemate tukang dengar. Huhu..rindu la all those days. Ceh, pada hal leh sgt jumpa Kak Ila time dia balik umah mak ayah dia yang depan umah Fini..haha.